PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu.
Perubatan  tradisional terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a.   Perubatan tradisional profesional.
b.   Perubatan tradisional bukan profesional atau perubatan tempatan.

Perubatan tradisional profesional
Perubatan tradisional profesional telah terbukti beberapa tahun yang lampau dan penggunaannya telah diamalkan oleh pelbagai peringkat kumpulan dan masyarakat sehingga kini. Konsep-konsep asasnya telah diterima manusia sejagat. Diantara ubatan tersebut ialah:
a.      Perubatan ayurveda diamalkan oleh masyarakat India
b.     Perubatan ginseng dan akupuntur diamalkan oleh masyarakat Cina dan telah sedia dimaklumi oleh orang-orang di Asia.

Perubatan tradisional bukan profesional.
Perubatan tradisional  bukan profesional mempunyai berbagai-bagai ciri-ciri tertentu dan telah tersebar secara meluas tetapi konsep dan kepercayaannya terbatas bagi masyarakat kecil diperingkat tempatan.
Perubatan tradisional mempunyai berbagai-bagai cara mengamalkannya mengikut  adat dan budaya sesuatu kaum. Perubatan jenis ini dikategorikan kepada 4 kumpulan iaitu:
1.     Tradisi mengikut kelahiran.
2.     Herba-herba sebagai ubatan.
3.     Teknik-teknik khas seperti tulang-tulang asas.
4.     Semangat dan agama sebagai penyembuh.

Perubatan tradisional bagi masyarakat orang asli
Dikalangan masyarakat  orang asli mimpi sangat berperanan dalam keagamaan dan juga sistem perubatan tradisional. Melalui mimpi pengamal-pengamal perubatan tradisional (bomoh atau  pawang)  yang dikenali sebagai “hala” mendapat ilham tentang jampi, nyanyian, cara mengubat penyakit yang berkaitan dengan mahluk halus yang dikenali sebagai superhuman dan sebagainya.

Oleh sebab itu Pusat Rawatan Mutiara Bonda mengabungkan Perubatan Tradisional bersama Perubatan Islam bagi mengelakkan berlakunya Penggunaan Perantaraan Makhluk halus dan Pusat Rawatan Mutiara Bonda menjadikan Perubatan Islam sebagai Asas Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai Doa-Permohonan bagi merawat dan memulihkan pesakit yang ada kaitan dengan gangguan makhluk halus atau di panggil kerasukan atau gangguan Mistik.




PETUA-PETUA MUSTAJAB