ILMU MENGENAL DIRI

PENGENALAN ILMU MENGENAL DIRI Segala puji bagi Allah swt ,pemelihara alam yang telah mengkhalakkan manusia sebagai khalak-Nya yang paling mulia.DiaLah yang mengamanahkan manusia dengan suatu tanggung jawab menanggung rahsia diri Allah SWT serta bertanggung jawab pula memakrifatkan kepadaNya.Sesungguhnya dengan penerimaan manusia akan amanah diri rahsia Allah Swt di alam ruh d...ahulu ,maka manusia di letakkan ke taraf darjat yang paling mulia jika di bandingkan dengan khalak-khalak Allah yang lain.Untuk membuktikan hakikat kemuliaan ini,maka Allah Swt telah berfirman.

Ertinya : Sesungguhnya kami telah mengkhalakkan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya (95:30:4)

Dan FirmanNya didalam hadis Qudsi:
Ertinya : Sesungguhnya manusia itu rahsiaku dan Akulah yang menjadikan rahsianya.Dan rahsia itu sifat ku dan sifatku itu tiada lain ..Aku lah jua.

Manakala dalam persoalan makrifat pula,Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis Qudsi yang lain :
Ertinya :
Akulah perbendahraan yang tersembunyi.Aku ingin supaya dimakrifatkan ( dikenali ) maka aku khalakkan alam ini ( manusia ) maka mereka makrifat kepadaKu.
Dan menerusi AL-Quran Allah SWT berfirman:
Ertinya:
Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kamu ( manusia ) memulangkan amanah kepada yang berhak ( Allah ) (4:5:58 )
Sesungguhnya taraf kemuliaan manusia di sisi Allah SWT adalah bergantung terus kepada berjaya atau gagalnya manusia itu memakrifatkan dirinya kepada Allah SWT.Jika seseorang manusia itu berjaya memakrifatkan dirinya dengan Allah dengan beriman dan beramal soleh,maka tergolonglah manusia tersebut sebagai khalak paling baik.Malahan di sifatkan oleh Allah SWT dalam firmanNya :
Ertinya :
sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh ,mereka itu adalah sebaik-baik makhluk
( 98:30:7)

Sebaliknya jika seseorang manusia itu gagal menunaikan tanggungjawab memakrifatkan dirinya,maka duduklah manusia itu di tempat yang paling rendah dan hina.Firman Allah.
Ertinya : Kemudian kami kembalikan dia ( manusia ) di tempat yang serendah-rendahnya ( 95:30:5 )
Dan FirmanNya lagi :
Ertinya : Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk . ( 98:30:6 )
Lantaran itu bila kita memahami bahawasanya persoaalan makrifat adalah satu perkara yang amat penting bagi kita,maka haruslah pula kita menyedari bahawasanya seseorang itu tidak mugkin dapat memakrifatkan dirinya dengan Allah SWT,Jika ianya tidak mempunyai tauhid yang hakiki .Dan tidak mungkin pula seseorang itu dapat memiliki tauhid yang hakiki selagi ianya tidak berjaya menguasai iman yang sejati..
Dan tidak mungkin ianya dapat menguasai iman yang sejati jika ia tidak mempunyai akal yang membuahkan petunjuk..
Dan tidak mungkin ianya dapat memiliki akal yang mampu membuahkan petunjuk selagi ianya tidak menghasilkan pada dirinya suatu yang bernama nur-Qalbun ( hati nurani ).
Sebaliknya ia tidak mungkin pula seseorang itu dapat membentukkan apa yang di namakan hatui nurani jika bahagian lampu makrifat yang ada di bahagaian bawah sanubari ( jantung ) seseorang itu tidak di sucikan.
Dan penyucian hati sanubari seseorang itu hanya boleh di buat menerusi Zikrillah yang mempunyai "Wasilah baiah" dengan baginda Rasulullah SAW.Dalam persoalan penyucian hati ini Rasulullah SAW telah bersabda:
Ertinya : Setiap sesuatu itu ada alat penyucinya dan alat penyuci hati itu adalah Zikrillah Taala. ( Riwayat : Abu Laits )

Dan firman Allah Taala lagi :
Ertinya : Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan dirinya ( hatinya) dan ( dengan) berzikir menyebut nama Tuhanya lalu ( serta) ia mendirikan Solah (87:14-15)


Sesungguhnya bila kita mengkaji secara halus ,maka jelas lah bahawasanya kotor atau sucinya diri manusia dengan Allah SWT adalah ukuran dengan suci atau kotornya bahgian “lampu makrifat” dihati sanubari manusia itu sendiri.Ini adalah kerana disinilah terletaknya ketulan darah ghaib hitam yang menjadi senjata maknwawi kepada syaitan untuk menyelubungi pi...ntu “ Lampu Makrifat” dari memancarkan nur Qalbun iaitu sebenar-benar apa yang di katakana hati nurani kepada seseorang manusia .IniLah jua hakikat sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: Di dalam tubuh manusia itu ada seketul darah,Jika darah itu baik maka baiklah manusia tersebut dan jika darahnya itu kotor ,maka kotorlah manusia itu .Sesungguhnya ketulan darah itu Qalbi.

Oleh itu dapatlah di simpulkan bahawasanya bila bahagian ‘Lampu makrifat’ dapat di sucikan dari ketulan darah ghaib syaitan tadi,maka terpancarlah nur-Qalbun ( hatin nurani ) dengan sempurnanya, yang kemudiannya dapat menghasilkan Akal,hidayah petunjuk ,Iman ,tauhid dan makrifat kepada Allah SWT.
Sesungguhnya peringkat penyucian lapisan ketulan dar...ah hitam, dari keadaan yang gelap kearah yang bersih ( suci ) ,itulah yang melahirkan perbezaan perlakuan perangai manusia yang berbeza dari seseorang dengan seseorang yang Lain.
Jika seseoprang manusia yang hati sanubarinya kotor,maka beginilah perangainya ,Jika seseorang manusia itu hatinya suci sedikit ,maka begini pulak perangainya dan begitulah perubahan perangai seseorang itu di pengaruhi oleh perubahan kesucian hatinya.
Sesungguhnya perubahan perangai dan perlakuan manusia yang berubah mengikut tahap kesucian bahagian ‘Lampu makrifat’ itulah yang di katakan tahap kesucian nafsu manusia tersebut.dan sesungguhnya lapisan darah hitam ghaib yang menyelubungi bahagian ‘lampu makrifat” di dalam hati sanubari manusia itulah di sifatkan sebagai “ Lapisan Hijau Nafsu” yan...g mesti di sucikan oleh setiap orang yang ingin memakrifatkan dirinya denganAllah SWT dlam menerangkan persoalaan penutupan bahagian Lampu makrifat pada hati sanubari ini.Allah SWT telah berfirman:
Eryinya : Dan kami jadikan atas ( bahagian lampu makrifat ) hati mereka tertutup ( darah hitam ghaib ) sehingga mereka tidak mengerti akan dia dan pada telinga mereka pun ada tekanan ( sumbatan ) # 17:15:46
Hubungan Allah dengan Manusia adalah melalui jalan menyucikan diri dengan melakukan Amal Ibadat.
Sesungguhnya kelahiran seseorang manusia adalah suci dengan Allah AWT .Suci pada zahirnya dan suci pula pada Bathinnya seperti mana telah di sifatkan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:
Ertinya : ‘ Sesungguhnya kelahiran seseorang kanak-kanak itu adalah bersih tetapi kedua ibu-bapanya yang akan mencorakkannya menjadi yahudi,Majusi atau Nasrani’

Begitu juga yang dibayangkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:
Ertinya : ‘Fitrah Allah yang telah mengkhalakkan manusia menurut fitrahnya itu.Tidak ada perubahan padafitrah Allah ( iaitu ) agama yang lurus tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui. ( 30:21:30 )
Namun begitu di sebabkan lalainya manusia dengan Allah SWT akibat bergelombang dengan kenikmatan duniawi serta godaanya lalu membiarkan dirinya terus di kuasai oleh Syaitan,maka terputuslah tali perhubungan manusia tersebut dengan Allah SWT.
Sesungguhnya semakin lama manusia itu membiarkan dirinya dikuasai syaitan,maka semakin teballah pula hijab-hijab nafsu di hatinya, seterusnya menghilangkan harapan manusia itu untuk memakrifatkan dirinya dengan Allah SWT.
Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab setiap orang yang ingin memakrifatkan dirinya dengan Allah SWT,agar berusaha menghancurkan hijab nafsu tadi supaya matlamat untuk memakrifatkan diri dengan Allah SWT tercapai. Allah telah berfirman :
Ertinya: Maka berbahagialah bagi mereka yang menyucikan dirinya ( hatinya ) dan celakalah bagi mereka yang mengotorinya ( 19:30:9-10)
Sepertimana yang diterangkan tadi bahawa suci atau kotornya bahagian lampu makrifat hati sanubari kita dari kekotoran darah hitam syaitan menyebabkan secara langsung berlakunya perubahan terhadap perlakuan perangai seseorang manusia.Maka perubahan yang berlaku inilah yang membolehkan penjelasan kepada setiap perangai nafsu mengikut martabat kesucian masi...ng-masing dapat dibuat.Dengan yang demikian dapatlah ianya dijadikan kayu pengukur kesucian hati seseorang itu dengan Allah SWT .Justeru itu bagi mereka yang hendak menuju kejalan kesucian diri,maka tidaklah terlepas bagi mereka mengenali sesuatu yang bernama ‘martabat nafsu’ dengan tujuan dapatlah ianya dijadikan pengukur bagi menilai kesucian dirinya dengan Allah SWT.Bila diperkatakan soal nafsu,maka pastilah ada di kalangan kita yang menganggap bahawa diri nafsu itu sendiri adalah suatu yang kotor,suatu yang jahat yang terbit dari hasil perlakuan buruk yang di lakukan oleh manusia di dalam perlakuan dan perjalanan hidupnya seharian. Ramai di kalangan kita hanya mengetahui bahwa nafsu itu sebagai suatu yang keji,akan tetapi jarang pula dikalangan kita mengetahui adanya darjat-darjat nafsu yang dipuji malahan perlakuan nafsu tersebut sememangnya di kehendaki Oleh Allah SWT seperti mana firmannya:
Ertinya : Maka dia berada di dalam kehidupan ( nafsu ) yang diredhai ( 101-30-7 )

Oleh yang demikian maka alangkah eloknya kita mentakrifkan dahulu apakah yang dikatakan nafsu itu sendiri. Adapun nafsu itu bolehlah ditakrifkan sebagai sifat perlakuan naluri manusia mengikut tahap kesucian hatinya dengan Allah SWT.
Jika kotor hati seseorang itu maka kotorlah sifat perlakuan manusia tersebut.Sebb itulah hati menjadi tempat tilikan Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
Riwayat : Tarmizi dan Muslim
Ertinya: “ Sesungguhnya Allah tidak memandang jasad kamu dan rupa tetapi Dia memandang hati kamu “.
Sesungguhnya dalam mengelaskan perlakuan naluri manusia mengikut tahap kesucian hati manusia ini Alah SWT telah mengelaskannya kepada Tujuh tingkatan martabat nafsu sebagaimana telah termaktub di dalam Al-Quran

Pertama : Nafsu Amarah
Kedua : Nafsu Lawamah 
Ketiga : Nafsu Mulhamah
Keempat : Nafsu Mutmainnah
Kelima : Nafsu Radiah

Kenam : Nafsu Mardhiah

Ketujuh : Nafsu Kamaliah.
Hakikat inilah yang diisyaratkan didalam firman Allah SWT di dalam Al-Quran.
Ertinya : Sesungguhnya kami mengkhalakkan ke atas kamu tujuh Jalan ( Jalan Nafsu ) ( 23:18:17)
Sesungguhnya ketujuh-tujuh nafsu tersebut sememangnya memiliki perangai perlakuan hidupnya yang berbeza diantara satu sama lain.
Lantaran itu alangkah baiknya kalau kita bersama meneliti perangai perlakuan nafsu tersebut semoga ianya dapat dijadikan panduan dan kayu pengukur untuk kita bersama gunakannya sebagai penilai dan neraca kesucian diri kita dengan Allah SWT.
RUMUSAN.
Syariat , Tarekat , Hakikat dan Makrifat.

Kesimpulannya keempat-empat bidang ilmu itu sangat penting dalam membantu kita mengenali Allah.Ilmu itu berkaitan di antara satu sama lain.Ilmu Syariat boleh di sifatkan sebagai ilmu untuk mengenali peringkat luaran ( zahir )
sementara ilmu tariqat pula sebagai ilmu membrsihkan dan menyucikan diri kita sebelum kita melangkah kegerbang ilmu hakikat ,dimana ilmu untuk mengenali hakikat diri dan Allah.
Ketigailmu ini adalah penting dan tidak boleh ditinggalkan salah satunya.Kalau kita meninggalkan ilmu syariat,maka kita telah tertinggal satu juzud berhubung dengan Allah.
Pun begitu juga kalau kita meninggalkan tariqat,maka bermakna kita tidak bersedia untuk menuju kepada hakikat.
Begitu juga kita hanya memiliki ilmu Hakikat tanpa ada syariat dan tariqat,ilmu itu tidak sempurna,kalau diumpama pada seekor ular bermakana kita tidak mempunyai ekor dan perut, yang kita miliki hanya kepala sahaja.
Kalau diibaratkan kepada pelaut ia hanya ada perahu tetapi tidak ada pendayung.
maka nasib kita benar-benar bergantung kepada ombak dilaut.maknanya Islam kita tidak lengkap dan sempurna...!!

Wassalam

Yang Lemah dan kurang itu semua daripada saya ( hamba Allah )
Segala yang baik dan sempurna itu daripada Allah
semoga kita mendapat manfaat daripada penerangan tersebut
tidak sekali-kali saya bermaksud untuk mengajar orang lain melainkan untuk mengajar diri saya sendiri....amin.

ikhlas daripada
Si Penjejak Mata Hati
#Syed Musa Indera Kayangan II.

BAB 1: AMARAH
WARKAH 01 : Bingkisan dari Pondok Usang

Mula-mula kita membincangkan terlebih dahulu perjalanan dan perangai nafsu amarah.Sesungguhnya nafsu amarah adalah merupakan martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah SWT.Setiap perlakuan yang terhasil oleh nafsu amarah penuh dengan gejala-gelaja mazmumah yang keji oleh Allah SWT dan rasul-Nya.

... Yakinilah bahawasanya di martabat nafsu amarah,hati nurani ( nur qalbun) tidak berupaya untuk memancarkan sinarnya.bagi menghasilkan daya aqli yang dapat pula menzahirkan petunjuk Ilahi.Ini adalah kerana di peringkat amarah ini,lapisan ketulan darah hitam ghaib yang terdapat di bahagian bawah jantung ( lampu makrifat ) benar-benar terkunci rapi,sedangkan pula diri amarah ini tidak pula mencari jalan untuk menyucikannya.Lantaran itu hatinya terus kotor yang disifatkan oleh Allah sebagai penyakit yang menyulitkan dirinya untuk mengadakan perhubungan dengan Allah SWT itu sendiri.Firman-Nya didalam Al-Quran:

Ertinya: ‘dalam hati mereka ada penyakit ,lalu ditambah Allah penyakitnya. ( 2:1:10)

Rumusan :
Sifat mazmumah adalah punca nur qalbun tidak dapat memancarkan sinar yang dapat menzahirkan daya aqli bagi menzahirkan petunjuk Ilahi.Lihat seterusnya..

BAB 1: AMARAH
WARKAH 02 : Bingkisan dari Pondok Usang
Sesungguhnya penyakit kekotoran hati inilah sebenarnya yang membuahkan sifat perlakuan mazmumah yang bersultankan dimata dan beraja di hati.adapun sifat mazmumah yang di maksudkan ini ialah sifat-sifat perlakuan yang benar-benar dikeji oleh Allah dan Rasul-Nya,seperti perbuatan dengki ,khianat,takbur ,angkuh,irihati,riak ujub ,dansebagainya.P...endek kata seluruh perlakuan nafsu amarah adalah mengarahkan manusia kepada suatu yang dimurkai oleh Allah dan Rasul-Nya.Sebb itulah Allah SWT telah menegaskan dengan firman-Nya:
Ertinya : ‘ Sesungguhnya nafsu amarah itu sentiasa menyuruh manusia berbuat yang keji ( mungkar )
( 12:13:53 )
Dan firman-Nya lagi :
Ertinya :’Bahkan manusia itu hendak berbuat maksiat terus menerus ( 75:29:5 )
Kesimpulan :
adapun sifat mazmumah yang di maksudkan ini ialah sifat-sifat perlakuan yang benar-benar dikeji oleh Allah dan Rasul-Nya,seperti perbuatan dengki ,khianat,takbur ,angkuh,irihati,riak ujub ,dansebagainya.Lihat seterusnya..



BAB 1 : AMARAH
WARKAH 03: Bingkisan dari pondok Usang
Di Dalam perlakuan harian.manusia yang dikuasai oleh amarah akan bertindak mengikut suka mereka tanpa mengambil kira persoalan hubungan kait diri mereka dengan Allah SWT.tanpa berpandukan garis-garis normal yang telah ditetapkan Oleh Allah dan Rasul-Nya. Mereka sebenarnya bertuhankan nafsu jahat,merajakan amarah dan diri mereka.Hakikat inila...h yang di firmankan oleh Allah SWT dalam A-Quran:
Ertinya:
Tidakkah Engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya ( amarah ) menjadi tuhan dan dia disesatkan oleh Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu Allah mengunci mati pendengarannya ( telinga batin ) dan hatinya dan pengelihatannya
 ( mata hatinya ) diletakkan penutup ( 45:25:23 ) Lihat seterusnya..

BAB01 : AMARAH
WARKAH 04 : Bingkisan dari pondok Usang
Dalam meneruskan hidup seharian ,orang yang dikuasai oleh amarah ,mereka merasai segala perbuatan mereka adalah baik-baik belaka,tidak ada yang jahat meskipun mereka telah melakukan perbuatan keji dan maksiat.
... Mereka sebenarnya tidak sedar yangmereka telah melakukan “jenayah”kepada Allah SWT.Sesungguhnya perasaan tidak sedar diri terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mereka,bukanlah suatu perbuatan yang di sengajakan oleh mereka tetapi sememangngya ia terhasil secara tersendiri tanpa boleh di kawal oleh otak pemikiran mereka dan pertimbangan mereka sendiri.
Keadaan ini berlaku adalah akibat hilangnya daya nur qalbun untuk memancar ke bahagian otak manusia amarah tersebut yang menghalang diri mereka dari memiliki akal yang seterusnya tidak berjaya pula menerima petunjuk Ilahi.
sesungguhnya petunjuk Ilahi sahajalah yang dapat menyedarkan mereka untuk berpaling dari kejahatan yang mereka lakukan.Dalam menerangkan kelalaian amarah ini Allah SWT telah berfirman:
Ertinya: Bila dikatakan kepada mereka “jangan membuat kerosakan di muka bumi ini.” Mereka menjawab,”sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan pembaikan.” (2:2:11)
• “ sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan pembaikan. “
( keterangan mereka –mereka yang sesat bagi menegakkan benang yang basah setelah mereka melakukan kemungkaran )Lihat seterusnya..
BAB01 : AMARAH
WARKAH 05 : Bingkisan dari pondok Usang
Dan FirmanNya lagi:
Ertinya :Katakanlah,Apakah akan kami beritahu kepadamu tentang orang-orang yang paling merugikan perbuatannya ? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya ( 18:16:103-104 )
Di peringkat amarah ini :-
# apabila seseorang itu melakukan perbuatan maksiat,mereka merasai mereka berbuat baik.
# Bila mereka mencuri, mereka merasai perbuatan mereka itu baik,
# bila mereka berjudi,mereka merasakan perbuatan judi itu baik,
# bila mereka menipu,mereka merasakan perbuatan menipu itu baik,
# bila mereka minum arak,mereka merasa minum arak itu baik,
# malah bila mereka “ main betina “ pun mereka masih merasakan perbuatan mereka itu tiada salahnya,
semuanya baik dan kononnya sesuai dengan mereka dengan berbagai-bagai alasannya.

Yakinlah di peringkat amarah ini,seseorang itu sebenarnya hidup di dalam keadaan di rasuk,tidak sedar diri,sedang lena,tidak siuman,bahkan telah hilang pengkalan untuk dirinya berlabuh dan berteduh.


SYARIAT
Ialah ilmu hukum berhubung dengan peraturan hidup kepada makhluk ( manusia ) yang telah ditetapkan oleh Allah.Peraturan ini telah diturunkan oleh Allah melalui perantaraaan malaikat kepada Nabi Muhammad.
Ilmu syariat lebih merupakan ilmu ( undang-undang ) untuk di amal dan di patuhi oleh manusia demi kesejahteraan dunia seluruhnya ( rahmatanli alamin )
Peraturan ini berlaku dalam semua bidang kehidupan manusia ,baik soal akidah ( kepercayaan nyata dan ghaib ) soal ibadat ,soal muamalat ,soal munakahat dan lain-lain peraturan.
Tujuan peraturan ini di turunkan ini di turunkan ialah untuk mengamankan dunia ini untuk kesejahteraan kehidupan manusia.Peraturan syariat juga untuk membolehkan manusia berhubung dengan Tuhannya melalui hukum syariat ( amal ibadat Fardu ain ) seperti sembayang lima waktu sehari semalam,berpuasa di bulan Ramadhan , zakat dan menunaikan fardu haji dan lain-lain.Lihat seterusnya..

TARIQAT

Ialah merupakan satu (ilmu) jalan kearah untuk pembersihan diri ( jiwa ) bagi mengenal diri dan Allah.Ilmu ini merupakan satu peraturan,sittah, ( mintaj) formula dan juga kaedah-kaedah tertentu yang perlu di ambil dan dilalui oleh seseorang bagi membersihkan hatinya untuk mengenal dirinya dan Allah.
Hati yang di maksudkan itu ialah seketul darah seperti mana yang di sebut oleh Nabi Muha...mmad saw,bermaksud :
" Di dalam tubuh manusia itu ada seketul darah ,jika darah itu baik ,maka baiklah manusia tersebut dan jika darah itu kotor , maka kotorlah manusia itu.Sesungghnya ketulan darah itu ialah Qalbi ( hati )
Secara umumnya pengertian Tariqat ini juga ialah amalan-amalan untuk membolehkan kita mengenal diri kita seterusnya untuk berjumpa dengan Allah.Amalan itu menekan kepeda pembersihan jiwa kita dan juga kepada penegakkan syariat ( undang-undang ).Kita harus menyucikan hati kita.Kerana secara logiknya ,sesuatu yang suci ( Allah ) itu hanya dapat di dekati oleh insan yang suci juga.
Selagi kita tidak suci ,maka selama itulah kita tidak akan dapat berkekalan dengan Allah.Diri kita umpama cermin ( glass ) .Kalau glass kotor ,kita tidak akan dapat pandang tembus untuk melihat sesuatu yang seni.Kalau nampak pun berbalam-balam yang sukar untuk di fahami dan boleh menimbulkan kekeliruan.
At-taubah 111
Ertinya : " Sesungguhnya Allah akan membeli orang-orang mukmin dirinya dan hartanya dengan syurga,iaitu mereka yang berjuang menegakkan peraturan Allah( Syariat )."
Perlu diingatkan jalan atau kaedah penyucian diri ini ( Tariqat ) hendaklah seperti mana yang pernah dipraktikkan oleh Rasulullah serta para sahabat baginda dan para waliyullah dahulu,baharulah ianya memberi kesan atau amalan kita itu sampai pada matlamatnya.Lihat seterusnya..

HAKIKAT




Hakikat ialah ilmu mengenali diri sendiri.Ilmu untuk mengetahui asal usul dan proses tajalli kita. Seandainya kita mengenali diri sendiri,maka kita akan tahulah siapakah hakikat kita serta tahulah Khaliq yang mencipta kita.
Ilmu ini sangat penting kerana selagi kita tidak mengetahui siapa hakikat diri kita yang sebenarnya,maka selama itulah kita tidak tahu segala-galanya baik tentang diri kita sendiri ,apatahlagi mengenali diri Allah.Jika kita tidak tahu dan kenal hakikat kita adalah sesuatu yang sungguh malang.Macam mana hari ini kita mengakui sebagai manusia sedangkan kita tidak tahu apakah ciri-ciri ataupun asas-asas dan kemuliaan manusia itu..?
Ilmu hakikat ini juga ialah ilmu yang mendasari kepada dasar sesuatu hakikat
( kejadian ) .Kalau ilmu syariat hanya mengupas tentang kejadian di bahagian kulit sahaja,tetapi hakikat menyelongkarinya hingga kedalam hingga keasal kejadian dan membincangkan proses-proses pewujudan ( tajalli ) .Ilmu inilah yang mempersoalkan siapakah diri kita yang sebenarnya.
Umpama kalau sebelum ini kita hanya kenal bayang-bayang,hakikatnya ialah objek bayang-bayang itu.Objek itulah yang hendak dikenali..
SYARIAT


Ialah ilmu hukum berhubung dengan peraturan hidup kepada makhluk ( manusia ) yang telah ditetapkan oleh Allah.Peraturan ini telah diturunkan oleh Allah melalui perantaraaan malaikat kepada Nabi Muhammad.


Ilmu syariat lebih merupakan ilmu ( undang-undang ) untuk di amal dan di patuhi oleh manusia demi kesejahteraan dunia seluruhnya ( rahmatanli alamin )


Peraturan ini berlaku dalam semua bidang kehidupan manusia ,baik soal akidah ( kepercayaan nyata dan ghaib ) soal ibadat ,soal muamalat ,soal munakahat dan lain-lain peraturan.


Tujuan peraturan ini di turunkan ini di turunkan ialah untuk mengamankan dunia ini untuk kesejahteraan kehidupan manusia.Peraturan syariat juga untuk membolehkan manusia berhubung dengan Tuhannya melalui hukum syariat ( amal ibadat Fardu ain ) seperti sembayang lima waktu sehari semalam,berpuasa di bulan Ramadhan , zakat dan menunaikan fardu haji dan lain-lain.




Hakikat ialah ilmu mengenali diri sendiri.Ilmu untuk mengetahui asal usul dan proses tajalli kita. Seandainya kita mengenali diri sendiri,maka kita akan tahulah siapakah hakikat kita serta tahulah Khaliq yang mencipta kita.


Ilmu ini sangat penting kerana selagi kita tidak mengetahui siapa hakikat diri kita yang sebenarnya,maka selama itulah kita tidak tahu segala-galanya baik tentang diri kita sendiri ,apatahlagi mengenali diri Allah.Jika kita tidak tahu dan kenal hakikat kita adalah sesuatu yang sungguh malang.Macam mana hari ini kita mengakui sebagai manusia sedangkan kita tidak tahu apakah ciri-ciri ataupun asas-asas dan kemuliaan manusia itu..?


Ilmu hakikat ini juga ialah ilmu yang mendasari kepada dasar sesuatu hakikat
( kejadian ) .Kalau ilmu syariat hanya mengupas tentang kejadian di bahagian kulit sahaja,tetapi hakikat menyelongkarinya hingga kedalam hingga keasal kejadian dan membincangkan proses-proses pewujudan 
( tajalli ) .Ilmu inilah yang mempersoalkan siapakah diri kita yang sebenarnya.


Umpama kalau sebelum ini kita hanya kenal bayang-bayang,hakikatnya ialah objek bayang-bayang itu.Objek itulah yang hendak dikenali..

MAKRIFAT

Makrifat ialah satu ilmu yang paling dalam dan paling tinggi.Ilmu makrifat bolehlah dikatakan kemuncak kepada ilmu Qalam dan Syahadah.Ilmu ini wujud setelah terkamil ( kesempurnaannya ) antara tiga ilmu iaitu :
1- Syariat
2-Tariqat
3 dan hakikat.
bila ketiga ilmu ini sudah sempurna ,maka akan terbentuklah ilmu makrifat.
Dalam erti kata lain ilmu makrifat ialah menyimpulkan ketiga ilmu tadi menjadi satu ilmu yang maha tahu segala-galany tentang sesuatu tentang sesuatu yang di perkatakan atau difikirkan itu ( akan di huraikan di dalam makam 7 nafsu nanti ).
Peringkat kecemerlangan makrifat ini ialah orang yang menguasai tiga cabang ilmu :Qalam, Syahadah dan Ghaib( akan di bincangkan kemudian bab ini ).orang yeng memiliki dan menguasai ilmu ini juga bisa mempunyai banyak keistimewaan seperti Khasaf dan Kharomah.
Itulah 4 bidang ilmu yang wajib di pelajari oleh setiap orang manusia ( muslim ) yang berhajat untuk makrifat dengan Allah dan juga dirinya sendiri.
Selagi mereka tidak menguasai ke-empat-empat bidang ilmu itu,maka jangan haraplah seseorang itu boleh berkenalan dengan Allah.
tak usahlah mereka bermimpi untuk berjumpa/kenal dengan Allah baik di dunia maupun di akhirat.Harapan dan impian mereka itu akan sia-sia sahaja.Mengenal Allah hendaklah semasa hidup lagi.bukan sesudah mati.
Al-Israa : 72
ertinya: "dan barang siapa yang buta ( hatinya) di dunia ini,nescaya di akhirat (nanti ) ia akan lebih buta ( pula ) dan lebih tersesat dari jalan yang benar ."

Tanpa ilmu itu mereka tidak mungkin akan kenal Allah dengan sebenar-benarnya.Juga mengenali diri mereka sendiri.Kalaupun mereka mengaku kenal,pengenalan itu adalah tidak sempurna,umpama melihat benda berbentuk 4 segi,mereka hanya melihat dari satu Dimensi ( segi )sahaja.tetapi tidak melihat keseluruh segi-segi yang ada.
Jika melihat satu dimensi sahaja ,sudah tentulah pengenalan kita tidak pasti dan selama itulah kita tidak akan kenal keseluruhan sesuatu objek itu.kita hanya kenal pada satu sudut sahaja.
Kalau ini berlaku bermakna kita tidak kenal Allah itu secara mutlak dan sah,kita hanya kenal pada ilmu sahaja ,tetapi tidak pada hakikatnya.